Wednesday, December 14, 2011

J-PO ?

 Assalamualaikum and hellooo :)

Pertama-tamanya aku nak minta maaf sebab dah lama tak post. I am sooooo busy ! Baru lepas kursus UBS. you all tau UBS tu apa  ? haha.. meh sini aku bagitau. UBS tu  senanye software lah. Software akaun. Kursus tu dari pukul 8 sampai 5 petang. Penat tahap taktau dah. dari pagi menghadap pc je. Berpinar mata ni. Boleh rabun whoooa. Hahaa..

Eh senanye bukan UBS yang aku nak cerita harini. Tu cuma intro je. Hehehe.. Aku nak kongsi sikit maklumat dengan reader semua. Ok. Sebelum tu, you all tau ape tu J-PO ? mesti tak kan ? haha... takpe. Aku pun mula-mula taktau ape kebendenye J-PO ni. Cuzen aku yang cakap pasal ni. Dia sebut 'J-PO'.  Aku ingatkan 'J-CO'. Haha. J-CO aku tau la. Donut yang sedap tu. J-PO ni senanye Johor Premium Outlet. Haa mesti tau kan ? Tempat ni baru buka kat Kulaijaya.

Aku pun tak penah pegi lagi. Orang kata barang branded. Kiranya barang mahal-mahal la. Jom kita tengok kedai apa yang ada kat sini. :)


       
    johor premium outlet - media launch
Cantik bangunan ni :)
                               
johor premium outlet - media launch-9
Burberry

johor premium outlet - media launch-8
 Armani Outlet

johor premium outlet - media launch-5
Coach

johor premium outlets - media launch-10
Vincci

johor premium outlets - media launch-3
Charles & Keith

johor premium outlets - media launch-4
PUMA ! :D

johor premium outlets - media launch-2
DKNY
                               

johor premium outlet - media launch-4
Wahh ! banyaknye kedaiii :D

johor premium outlets - media launch-5
Baskin Robbin pun adaaaa ! :D

johor premium outlets - media launch-8
Crepe Signature

So apemacam ? best kan ? haa.. Jom la pegi sini. Spend hari you all  kat sini. Selamat berjamu mata. Haha.. 
                                

Sunday, December 4, 2011

Barakallahu lakuma Long !

Assalamualaikum and helloooo ;)

Alhamdulillah , selesai sudah majlis akad nikah abang aku yang sulung tu. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun berdebar , tapi dia dapat atasi perasaan tu. Congratulation longg ! Dah bergelar suami dah sekarang ni. Kitaorang doakan agar long menjadi suami yang soleh dan dapat bimbing kak alyn. Juga semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Ameen.

Huh. 1 done 5 to go.. hehehe.. Who is next ? Abang Riz ke ? Maybe Abang Man kot. haha. Takpe. Nanti tiba la masanya. Sekarang ni fokus study dulu kay ? Kalau ada jodoh , insyaAllah tak kemana. :)
Ni aku ada snap beberapa gambar. Enjoy la. :)

Father in law

hehehe.. sweet tak ? :D

Cousins perempuan dgn pengantin 

alahai.. relaks bro. bismillah :)

Aku terima nikahnye...

papa dgn abg long :)

family ! 

Cousins boy. sikitnyeee. 

Girlsss~ 

Ni baru majlis akad nikah kat rumah pengantin perempuan. Esok majlis kat dewan Mawar. Lagi sakan kitaorang bergambar ! tunggu je nanti aku upload kat blog ni kayh ;)

Ehm ok la. Sampai sini je dulu. Nanti aku post lagi. Sebelum tu , dengar la lagu ni. Khas buat pengantin baru !  :)


Hehe.. best kan ? haa ok lah.Dah ngantuk. See ya later. Wassalam :)

Saturday, December 3, 2011

Idol ;)

Assalamualaikum and hellooo..

Hehe.. malam ni aku nak cerita pasal idola hampir seluruh umat manusia. Haa cuba teka siapa ? ok aku bagi klu kayh. Dia ni pemain bola sepak. Dapat teka tak ? Lambat la you all ni.. mesti tak dapat kan ? Takpe. Ni la orangnye.



Cristiano ronaldo

Haa sekarang dah tau kan siapa. Ni la orangnye. Cristiano Ronaldo. Dia sekarang berumur 26 tahun. Muda lagi. Masih power main bola. Dulu dia main untuk Manchester United tapi sekarang Real Madrid dah beli dia dengan harga 80 million. Mahal giler kan ? Dia adalah player termahal dalam sejarah bola sepak.

Dia ni memang diminati ramai. Paling ramai of course la dari golongan wanita sebab dia ni hensem kan ? Haha. Ngaku je la. :P Bukan setakat macho , dia ni terer gila main bola. Tak tipu. Aku suka cara dia drible. Memang terer lah. Tengok la video ni kalau tak caya :P



Haaa power kan ? Tak caya aku cakap. Haa kan dah tercengang tengok skill dia. haha.. Ok sampai sini je dulu. Dah lewat ni. See you guys next time. Bye. wassalam :)




MasterChef Malaysia.

Assalamualaikum and hello :)



Logo MasterChef Malaysia


Haaa you all pernah tengok tak program ni ? kalau tengok tajuk pun dah tau kan ? Kepada sesiapa yang berminat nak ambil bidang culinary , tengok la program ni. Program ni pasal masak-masak la you. haha. Aku suka tengok program ni walaupun aku tak minat sangat masak-masak. Cuma selalu tolong mama jeee. Hehe. Aku macam nak ambil bidang tapiiii tak boleh la. Ada orang cakap lelaki pegi kerja. Biar isteri yang masak. ok fine. :)

Ok. Meh aku cerita sikit pasal program ni. Program ni bermula dengan 24 orang peserta dan 3 orang juri. Setiap minggu akan ada 2 peserta tersingkir. Rancangan ni senanye tiap-tiap malam ada. So cepatla diorang ni tersingkir. haha.  Jumlah peserta yang tersingkir sehingga episod ke 35 ini ialah seramai 10 peserta. Antaranya ialah Mastura , Hui Ting , Terrence , Zahin , Azilah , Zeri , Azizah , Nik Michael ,  dan Raymond. Antara peserta yang aku minati adalah Deena Ezani. :)

Cabaran bersama chef selebriti jemputan :)

Ni adalah antara peserta-peserta MasterChef Malaysia  musim pertama yang masih kekal.

Ary Malek

Ezani !

Felix

Imelda

Kamaruzzaman

Ok sekian sahaja dulu. Mama dah panggil kat dapur tu. Kena tolong dia masak. hehehe.. Selamat menonton ! Wassalam :)

Sunday, November 27, 2011

Tahun Baru Hijrah.

Assalamualaikum and hello :)

Selamat menyambut Awal Muharram dan Maal Hijrah 1433H kepada Semua readers blog ini dan seluruh umat islam di setiap pelusuk dunia. :)

Semoga bermulanya tahun baru ini memberi semangat baru kepada semua umat manusia untuk berubahan ke arah yang lebih baik dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah. Amin.. :)

Awal Muharram merupakan suatu hari yang istimewa kepada kita sebagai umat islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah islam dimana pada tarikh ini lah baginda Nabi Muhammad telah berhijrah dari kota Mekah ke Kota madinah iaitu pada tahun 622 Masihi.




         
Doa akhir tahun :                                                          




Doa awal tahun : 



Semoga kita berubah ke arah yang lebih baik dan diredhai olah Allah :)

Saturday, November 5, 2011

welcome back :)

Assalamualaikum :)

Hai i'm back ! Gushh ! lamanya tak poooossttt ! Sian blog ni. Macam tak bertuan dah dia :(
Takpe-takpe. Harini aku post something kay ? walaupun tak banyak at least post lah kan ? hehe..
kalau you all rasa berminat , silalah baca. Kalau tak , boleh tekan butang pangkah kat penjuru atas window ni :)

Alhamdulillah sekarang ni aku dah free sebab exam dah habisss ! Tapi kejap je lah. Habis final exam form 4 bermakna tamat lah masa untuk kami  'berbulan madu' bak kata guru-guru sekolah. Haha.. Next year dah form 5 ! Gulpp. Cuaknye.. Eventhough we have to study hard , it doesn't mean we cannot enjoy ourself right ?

Masa belajar , kita fokus. Masa Bermain , kita enjoyyy ! hehehe.. :D
Ok sampai sini je dulu. Nanti aku post lagi. Nak kena kemas buku lah.
See you later guys , byee ;)

Monday, August 1, 2011

Ramadhan ! ^^

Assalamualaikum and hellooooo !







Pertama sekali aku nak minta maaf sangat-sangat sebab dah terlalu lamaaaaaa sangat tak post. Blog ni pun dah macam tak bertuan dah =.=. My mistake. Sorry guys :)
Aku pun tak tau lah. Rasa malas sangat. Takpe. Sekarang dah rajin balek. Hehe..

Ok. Post kali ni special untuk bulan kesayangan aku dan seluruh umat islam. Cuba teka bulan ape ? Takpe lah. Biar aku bagitau k. Bulan Ramadhan ! fewwwwiiittt ^_^.

Teruja sangat. Tak sabar rasanya nak berpuasa , terawih , sahur. Oh paling best sekali time berbukaaa ! Sebab dapat makan macam-macam. -_- Okcukup !

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni , aku nak bagi tips sikit. Harap korang dapat lah walaupun tak banyak. Hehe..

Kelebihan bulan Ramadhan :
1) Apabila tibanya bulan Ramadhan , semua pintu neraka ditutup manakala pintu syurga dibuka seluas-luasnya. Semua syaitan dirantai oleh Allah.

2) Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosa yang telah lalu.

3) Segala amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu akan diganda 70 kali.

                                                     DOA RAMADAN

“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan keredaanMu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah,
Tuhan sekalian alam”.

Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari ramadhan-ramadhan sebelum ini. InsyaAllah. :)

Saturday, May 14, 2011

dup dap dup dap..

assalamualaikum.. ape khabar sume ? lame tk post..
rindu pulak rasa dgn blogger nih.. :D

eh korang nk tau tk ? exam dh dekat nii..
hangpa dh ready lom ?
haaa tepuk dada tnye diri sendiri lah yee..
byk nye subjek nk kne ulangkaji.. bole tk drop
sume ? heeee.. ape-2 pon kne lah ready kan ? :)

err hari guru isnin nii ! byk lagi tk siapkn nihh. adehh
eh aku cau dlu lah.. nnti senang-2 insyaAllah aku post lagi kayh ;)
byeee..

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year !

Tinggal beberapa jam jek lagi tahun 2010 ni nak berakhir.. macam2 perasaan
ada. Sedih , suka , gembira. Semua tu bercampur.

Sedih tu memang sedih nak tinggalkan tahun 2010 nie tapi bak kata omputeh
' life must go on ' , right ?

Sempena tahun 2010 nie , aku nk memohon maaf atas segala kesalahan yang
pernah aku buat selama tahun ni samaada sengaja ataupon tak. Dan kepada
sesape yang ade buat salah dengan aku , dont worry aku dh maafkan you all. :)



Happy new year everyone ! :D